Pages

Ads 468x60px

Friday, August 29, 2008

Kem Matematik

Pada sebelah petang jam 3.00 petang di Dewan Multaqa' telah diadakan Kem Matematik untuk calon-calon SPM. Seramai 88 orang pelajar telah mengikuti kem tersebut.
Kem telah dikendalikan oleh En Rohaimi bin Jamin dari SMK Tok Sera.

Nampak pelajar-pelajar memberi perhatian kem yang telah dijalankan.
Kem akan bersambung lagi esok dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Selamat berjuang kepada semua peserta Kem.
Insya'Allah kegigihan anda akan membuahkan hasil
yang cemerlang untuk SPM Matematik 2008.

Majlis Ilmu 29 Ogos 2008



Tepat jam 12 tengahari tazkirah untuk pelajar perempuan berjalan seperti yang di rancang. Untuk kali ini giliran Ustazah Hjh Siti Arija Abdul Rahman pula menyampaikan tazkirahnya. Tajuknya ialah Welcome Ramadhan Al-Mubarak

MUKADIMAH
Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat popular di kalangan umat Islam berbanding bulan-bulan lain. Umat Islam sentiasa menunggu kehadiran bulan Ramadan kerana di dalam terdapat berbagai keistimewaan seperti perintah diwajibkan berpuasa, terjadinya malam Al-Qadar, Nuzul Al-Quran dan diberi ganjaran yang besar kepada sesiapa yang tekun dan ikhlas beramal soleh.

Firman Allah SWT, "Bulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk bagi manusia dan bermacam-macam keterangan yang merupakan petunjuk dan pemisah antara yang benar dan yang batil."– Surah Al-Baqarah : 185

TAKRIF RAMADHAN

Ramadan maknanya SANGAT TERIK atau YANG PANAS KERANA TERIK MATAHARI. Orang Arab ketika meminda nama-nama bulan dari bahasa lama ke bahasa Arab mengikut masa dan suasana ketika itu. Kebetulan bulan Ramadan ketika itu musim panas yang terik maka dinamakan bulan itu Ramadan.

Bulan ini dinamakan Ramadan kerana pahala orang yang berpuasa pada bulan ini dapat membakar dosa-dosanya seperti sabda Rasulullah SAW, " Siapa yang berpuasa dalam bulan Ramadan dengan bersungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, pasti Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang dahulu."

NAMA-NAMA BULAN RAMADAN

1. Shahrullahi – Bulan Allah. Bulan ini Allah sandarkan kepada diriNya sendiri.
2. Syahrul alai – Bulan yang penuh kenikmatan dan limpah kurnia.
3. Syahrul Quran – Bulan yang didalamnya diturunkan permulaan Al-Quran.
4. Syahrun najah- Bulan pelepasan dari azab neraka.
5. Syahrul jud – Bulan memberikan keihsanan kepada sesama manusia dan melimpahkan bantuan kepada fakir miskin atau bulan sedekah.
6. Syahrul muwasah – Bulan memberikan pertolongan kepada yang berhajat.
7. Syahrut Tilawah – Bulan membaca Al-Quran atau bulan yang perlu bersungguh-sungguh membaca dan memahami Al-Quran.
8. Syahrush Shabri – Bulan melatih diri bersabar atas segala penderitaan yang dihadapi dalam melaksanakan tugas-tugas harian dan agama dengan reda.
9. Syahrush Shiyam – Bulan melaksanakan ibadah puasa.
10. Syahrur Rahmah – Bulan Allah limpahkan rahmatNya kepada hambaNya.
11. Syahrul ‘id – Bulan yang dirayakan bila tamatnya.

TAKRIF PUASA

Dari segi bahasa:
Menahan diri dari sesuatu dan meninggalkan sesuatu.

Dari segi istilah ulamak syarak:
Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa dari fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat dan keikhlasan.

TARAF PUASA

1. PUASA UMUM
Puasa orang yang semata-mata menahan lapar dan dahaga serta mencampuri suami/isteri.

2. PUASA KHUSUS
Puasa yang yang seperti puasa umum tetapi ditingkat lagi dengan menahan pandangan, pendengaran, perkataan serta seluruh anggota badan dari perkara-perkara maksiat dan tidak berfaedah

3. PUASA KHUSUSUL KHUSUS
Puasa seperti puasa khusus dan ditingkatkan lagi dengan mematikan hati, angan-angan dan fikiran yang berhubung dengan keduniaan yang tidak berfaedah.

PENJELASAN WAJIB BERPUASA

Puasa bulan Ramadan adalah rukun Islam yang keempat. Mula disyariatkan pada hari Isnin 2 Syaaban tahun kedua hijrah, iaitu dua tahun setelah Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah.

Firman Allah SWT,

Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas umat-umat yang sebelum kamu, mudah-mudah kamu lebih bertaqwa. – Surah Al-Baqarah :183


Sabda Rasulullah

Dari Ibnu Umar t ia berkata: Rasulullah SAWtelah bersabda Islam itu ditegakkan atas lima dasar, iaitu bersaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadan.

ORANG YANG DIWAJIBKAN BERPUASA

1. Orang Islam.
2. Sihat akal.
3. Baligh.
4. Menetap (tidak musafir).
5. Suci dari hadas besar.
6. Mampu melakukan puasa.

ORANG YANG TIDAK DIWAJIBKAN BERPUASA

1. Kafir.
2. Gila.
3. Kanak-kanak.
4. Sedang sakit.
5. Lemah anggota badan.
6. Musafir.
7. Sangat tua.
8. Haid dan nifas.
9. Hamil atau yang menyusukan anak.

SYARAT-SYARAT SAH PUASA

1. Islam.
2. Suci dari hadas besar.
3. Tamyiz.
4. Berpuasa pada waktunya.

RUKUN PUASA

1. Niat Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

2. Meninggalkan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA PUASA

1. Makan sahur (lewatkan).
2. Tidak bercakap perkara yang kotor dan tidak berfaedah.
3. Segera berbuka.
4. Mendahulukan solat Maghrib.
5. Berbuka dengan kurma atau air.
6. Baca doa berbuka puasa.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

1. Makan atau minum di waktu siang dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuatu dalam rongga badan dengan sengaja.
3. Muntah dengan sengaja.
4. Melakukan persetubuhan pada waktu siang.
5. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
6. Keluar darah haid dan nifas.
7. Gila.
8. Mabuk atau pengsan sepanjang hari.
9. Berbuka puasa sebelum waktunya.
10. Murtad.

PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH KETIKA PUASA

Sebahagian ulamak memakruhkan melakukan perkara-perkara berikut :

1. Sengaja berbekam.
2. Merasa makanan dengan lidah.
3. Berkumur-kumur yang keterlaluan.
4. Mengulum sesuatu.
5. Menggosok gigi selepas tergelincir matahari.

PERKARA YANG DIGALAKKAN KETIKA BERBUKA DAN SAHUR

1. Berbuka dengan makanan yang berkuah, suam dan mudah hancur seperti sup.
2. Makan sedikit sahaja sebelum solat Maghrib.
3. Berhenti makan sebelum kenyang.
4. Lewatkan makan sahur
5. Baca doa sebelum dan sesudah makan
6. Banyakkan minum air meniral

PERKARA YANG PERLU DIJAUHI KETIKA BERBUKA DAN SAHUR

1. Elakkan dari makan terlalu banyak
2. Elakkan dari menyediakan makan yang terlalu banyak dan beraneka jenis
3. Elakkan dari banyak makanan yang pedas
4. Elakkan dari banyak makan daging
5. Elakkan dari banyak berjaga malam dengan perkara yang tidak berfaedah
6. Elakkan dari banyak tidur waktu siang
7. Elakkan dari tidur terus sesudah makan

KEISTIMEWAAN RAMADHAN

1. Bulan yang telah dipilih untuk ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmatNya yang sangat besar.

2. Bulan yang dipilih untuk solat sunat Tarawih

3. Bulan yang dipilih oleh Allah di dalamnya satu malam yang sangat istimewa iaiti Lailatul Qadar.

4. Bulan yang telah dipilih untuk kita melakukan aktiviti-aktiviti ibadah seperti tadarus Al-Quran, sedekah, solat sunat, berzikir dan lain-lain ibadah.

5. Bulan yang telah dipilih berlakunya peperangan Badar Al-Kubra dan kemenangan umat Islam. Merayakan 17 Ramadan sekaligus merayakan malam Nuzul Al-Quran dan kemenangan Badar.

6. Bulan yang Nabi r menawan Kota Mekah dari kaum musyrikin dan dengan peristiwa ini berakhirlah penyembahan berhala di sisi Kaabah.

7. Banyak hadis yang menceritakan keistimewaan Ramadan, antaranya :

a. Jika umatku tahu apa yang terkandung dalam Ramadan, nescaya mereka ingin sepanjang tahun itu Ramadan sahaja.

b. Telah datang kepada kamu bulan yang diberkati, kamu diwajibkan berpuasa, pada bulan itu dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka, syaitan-syaitan dibelenggu, di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Siapa yang menghormati kebaikannya, maka sesunggunya dia akan dihormati. – Riwayat Ahmad, An-Nasai & Al-Baihaqi

c. Dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda , "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan menutup dosa-dosa yang dilakukan di antaranya, asalkan dijauhi dosa besar." - Muslim.

d. Siapa yang membatalkan puasanya dalam bulan Ramadan walaupun sehari tanpa rukhsah yang ditentukan oleh Allah atau sakit maka tidak akan dapat mengantikan puasanya itu walaupun dia mengqada selama-lamanya).– Abu Daud

8. Kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi banyak diturunkan dalam bulan Ramadan : Suhuf Ibrahim (malam pertama RamadanZabur – Nabi Daud (12 Ramadan) Injil – Nabi Isa (18 Ramadan)Al-Quran – Nabi Muhammad r (17 Ramadan)

9. Awal Ramadan adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan akhir Ramadan adalah pembebasan dari api neraka.

10. Amalan sunat diganjar sama dengan fardu di bulan lain dan amalan wajib dinilai 70 kali ganda.

11. Rezeki orang beriman dilipatgandakan.

PENUTUP

Sebenarnya masih banyak kajian dan pendapat ulamak-ulamak Islam tentang Ramadan dan puasa. Mudah-mudahan sedikit dari ilmu yang kita bincangkan hari ini dapat memberi munafaat dan peringatan kepada kita serta dapat mengamalkannya, Isnya Allah.

Alhamdulillah, banyak maklumat yang dapat diperolehi sebagai perssdiaan dan persiapan untuk semua warga SMK Paya Besar menghadapi bulan yang penuh baraqah ini. Dikesempatan ini juga Unit IT SMK Paya Besar mengucapakan Ramadhan Al-Kareem buat semua warga SMK Paya Besar. Moga Ramadhan kali ini menjadi medan untuk kita semua membentuk insan yang bertaqwa disisi Allah SWT.

Pertandingan Menulis Jawi

Selesai Majlis Bacaan Yaasin telah diadakan
Pertandingan Menulis Jawi untuk semua pelajar SMK Paya Besar.
Pertandingan ini telah dianjurkan oleh
Panitia Pendidikan Islam sempena Minggu Kemanusiaan 2008.

Majlis Bacaan Yaasin 20 Ogos 2008

Jumaat 29 Ogos 2008, jam 7.40 pagi telah diadakan Majlis Bacaan Yaasin bersama pelajar di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar. Bacaan telah diketuai oleh pelajar 6 Atas Mohd Adam.

Thursday, August 28, 2008

Mencuci Akuarium


Kelihatan pelajar-pelajar Kemahiran Hidup mencuci akuarium. Rajinnya... Bantuan anda mendapat pahala dari Allah swt.

Seminar Kecemerlangan SPM Biologi

Tepat jam 11:00 pagi bertempat di Bilik Gerakan Siti Khadijah telah diadakan Seminar Kecemerlangan SPM Biologi khas untuk pelajar 5 Saksama.

Penceramah telah di sampaikan oleh En Mohd Nazran b Mohd Nawi dari SMK Seri Damai.


Kepada semua pelajar 5 Saksama, selamat maju jaya, moga mendapat keputusan yang cemerlang untuk SPM nanti.

Jualan Merdeka !!!

Hari ini Jualan Merdeka berlangsung di Surau Al Hikmah.

Lihat ustazah gigih menjual Roti Al-Hikmah untuk pelajar-pelajar.

Laku tu.. mesti sedap punya, rugi kalau tak beli...

DAY3 : Pertandingan Petanque MSSM Daerah Kuantan 2008


Hari ini merupakan perlawanan terakhir bagi Pertandingan Petanque MSSM Daerah Kuantan 2008. Persaingan sengit antara sekolah-sekolah. Tahniah kepada yang berjaya.

Wednesday, August 27, 2008

Senamrobik Merdeka!!!

Pada jam 3:00 petang bertempat di Dewan Multaqa telah diadakan Senamrobik Merdeka sempena aktiviti kokurikulum bagi Bulan Kemerdekaan.
Can someone spots who's the guy with the white shirt...
Penuh semangat!
Another malu tapi semangat... guy with the red shirt... who's he???
Kiri...
Kanan...
Depan...
Belakang...
Satu lagi....

Day 2 : Pertandingan Petanque MSSM Daerah Kuantan 2008

Hari ke dua pertandingan melibatkan pelajar dari kategori Bawah 18 tahun. Pertandingan sengit hari ini telah melayakkan pasukan pelajar lelaki Bawah 18 tahun dari peserta tuan rumah SMK Paya Besar ke peringkat separuh akhir. Mereka akan meneruskan acara pertandigan esok. Selamat Berjaya.

Merdeka Spirit of SMKPB


Girls...
Boys...
Teachers...
Spirit of 4 Saksama, just one flag ...!!!???

Pameran Pendidikan Seni Visual


Sempena Minggu Kemanusiaan Panitan Pendidikan Seni Visual telah mengadakan Pameran serta aktiviti mencanting batik di bengel PSV. Sambutan guru dan pelajar amat mengalakkan.
Guru-guru juga cuba mencanting batik.
Tahniah En Adnan kerana mempamerkan Galeri Seni yang sungguh indah.
 

AKTIVITI SEPTEMBER 2012

3 - 19 Sept - Peperiksaan Percubaan SPM 2012
3 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 - 14 Sept - Peperiksaan Pecubaan STPM 2012
4 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 Cekal, 3 Cerdik, 3 Cerdas (Bilik Kuliah Za'aba)
4 Sept (10.30 AM) - Majlis Sumbangan Zakat Sempena Aidil Fitri (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 KAA, 3 Amanah, 3 Bestari (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI KHAMIS)
10 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 Sept (2.40 PM) - Jamuan Hari Raya Kelab Staff
17 Sept - CUTI GANTI HARI MALAYSIA
18 Sept (7.40 AM) - Program Sedetik Habitat 1Malaysia dan Program Bank Kitar Semua (Dewan Terbuka SMKPB)
19 Sept (7.40 AM) - Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia (Dewan Multaqa')
22 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI JUMAAT)
26 Sept (7.30 AM - 1.00 PM) - Program RIMUP (SMK Tanah Putih)
26 Sept (8.00 - 1.00 PM) - Program RIMU (SMK Tanah Putih)
26 Sept (2.00 PM) - Penamaan Calon Pilihanraya MPP Prauniversit 2012/2013 (Dewan Multaqa')
27 Sept (7.30) - Program 'All My English' (Dewan Multaqa')
27 Sept (3.30 - 5.50 PM) - Seminar Teknik Menjawab SPM Perdagangan (Bilik Kuliah Za'aba)
27 - 29 Sept - Program Tranformasi Minda (Tingkatan 5 ) (Kem Ville, Kempadang)

AKTIVITI JUN 2012

11 Jun (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
13 Jun (8:00 AM) - Ceramah Perancangan Kewangan PIDM (Dewan Multaqa')
13 Jun (8:45 AM) - Perjumpaan Guru & Ahli Rumah Sukan
15 Jun (8:00 AM) - Ceramah Isra' & Mikraj (Dewan Multaqa')
18 Jun (3:00 PM) - LaDAP Pengurusan ProD (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Jun (8:00 AM) - Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid PPSDM) Program Jati Diri Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
19 Jun (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Sukan & Olahraga (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Jun (8:00 AM) - Mesyuarat MISS dan Hari PaSar-NIAGA (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
21 Jun (8:00 AM) - Raptai Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
21 Jun (3:00 PM) - Taklimat PAJSK
22 Jun (8:00 AM) - Raptai Penuh Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
22 Jun (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
23 Jun (8:00 AM) - Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang 2012 (Dewan Multaqa')
24 Jun (8:00 AM) - Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah2012 (Padang SMK Paya Besar)
25 Jun - CUTI PERISTIWA
26 Jun (8:00 AM - 1:00 PM) - Program Pendidikan Khas Bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
26 Jun (3:00 PM) - Taklimat Kursus Kepimpinan Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Jun (7:40 AM) - Majlis Pelancaran Karnival Minggu Kokuria (Dewan Multaqa')
27 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Bahasa
28 Jun (11:00 AM) - Bench Marking Subjek Sejarah Tingkatan 6 Bersama SMK Air Putih (BIlik Kuliah Za'aba)
28 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Sains & Matematik
28 Jun (3:00 PM) - Taklimat Program Motivasi Kecemerlangan STPM (Bilik Sidang)

AKTIVITI MAC 2012

1 Mac - Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2012 (Dewan Multaqa')
1 Mac (2:00 PM) - Ceramah Motivasi GPMS Tingkatan 3 & 5 (Dewan Multaqa')
2 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
7 Mac - Keputusan STPM 2011
10 - 18 Mac - Cuti Pertengahan Penggal 1
19 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Mac (8:00 AM - 2:00 PM) - Kursus Keterampilan Bertutur (Bilik Kuliah Za'aba)
19 - 22 Mac - Pertandingan Sepak Takraw MSSD Kuantan (Dewan Multaqa')
21 Mac - Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM (Dewan Terbuka SMK Paya Besar)
23 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
26 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
26 - 29 Mac - Pertandingan Catur Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
27 - 29 Mac - Lawatan Sambil Belajar Kelas Pendidikan Khas ke Selangor
29 Mac (3:00 PM) - Mesyuarat Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah) (tangguh)
30 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
31 Mac - Outreach IPT, Seminar Kerjaya PERHATI (Dewan Multaqa')
31 Mac - Bengkel Pengurusan Kokurikulum (Bilik Kuliah Za'aba)

AKTIVITI DISEMBER 2011

20 Disember (9:00 AM) - Mesyuarat MT Pertama 2012
22 Disember - Keputusan Peperiksaan PMR 2011
25 Disember - CUTI KRISMAS
27 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Guru Pertama 2012
27 Disember (11:30 AM) - Mesyurat Pendaftaran Tingkatan 1
28 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Bidang & Panitia
29 Disember (8:30 AM) - LADAP - Amalan 5S
29 Disember (11:00 AM) - Amali di tempat masing-masing
30 Disember (7:30 AM) - Pendaftaran Semula Pelajar Tingkatan 2, 3, 5 & Prauniversiti
31 Disember (8:30 AM) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012

AKTIVITI JULAI 2012

2 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Kemanusiaan
3 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Vokasional & Teknologi
3 Julai (8:00 AM - 9:00 AM) Seminar Bahasa Melayu PMR - 3 CEKAL, 3 CERDAS, 3 CERDIK (Dewan Multaqa')
4 Julai - Hari Kemuncak Karnival Kokuria, Hari Koperasi Sekolah, Hari PaSar-NIAGA & Hari Bersama Pelanggan
5 Julai (11:00 AM - 1:00 PM) Seminar Teknik Menjawab Matematik SPM (Dewan Multaqa')
7 Julai (8:00 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 Julai (3:00 PM) - Mesyaurat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR, SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
10 Julai (8:00 AM) - Pelancaran Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Serentak Peringkat Daerah Kuantan 2012 (Padang SMK Paya Besar)
12 Julai (7:40 - 9:40 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM Kumpulan Potensi Siri 1 (Bilik Kuliah Za'aba)
12 Julai (9:45 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Sains PMR (Dewan Multaqa')
12 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Penyelarasan Skor PBS PMR SPM (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
12 - 13 Julai - Lawatan Kelab PNB ke PNB KL & Melaka
13 Julai (8:00 - 9:50 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
14 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa')
16 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Solat Hajat Perdana (Bilik Kuliah Za'aba)
17 - 19 Julai - Seminar Kecemerlangan STPM 2012 Peringkat Daerah Kuantan
17 Julai (8:00 -10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 Julai (8:30 - 10:30 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sains SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 - 20 Julai - Program PERHALUS Bahasa Melayu SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Julai - Taklimat & Temuduga Kemasukan Murid ke Program Kolej Vokasional di IPS, Kursus : Air Craft Maintenance (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Julai (8:00 AM - 2:40 PM) - Seminar Teknik Menjawab Fizik SPM 2012 (Dewan Mulaqa')
29 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM 2012 (Dewan Multaqa')
19 Julai (6:30 - 10:00 PM) - Solat Hajat Perdana (Dewan Multaqa')
24 Julai (8:00 - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2012 (Dewan Multaqa')
24 Julai (12:00 - 2:30 PM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR 2012 (3KAA/3 Amanah/ 3 Bestari) (Bilik Kuliah Za'aba)
25 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat JK Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Julai (8:50 AM) - Bengkel Persediaan Ramadhan (Briged Bakti Pahang) (1 Cekal/ 1 Cerdik/ 1 Cerdas) (Bilik Kuliah Za'aba)
27 Julai (8:50 AM) - Program Aman Palestin (Dewan Multaqa')
30 Julai (7.40 AM) - Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Dewan Multaqa')
30 Julai (8:20 - 9:20) - Seminar Tatabahasa PMR 2012 (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa') - Tangguh
31 Julai (7.40 - 10.40 AM) - Peperiksaan Percubaan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
31 Julai (10:00 - 1:00 PM) - Bengkel Teknik Menjawab Matematik PMR 2012 (3 Cekal/ 3 Cerdas/ 3 Cerdik) (Dewan Multaqa')

AKTVITI APRIL 2012

3 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 April (7.40 AM) - Taklimat Perkhemahan Unit Beruniform (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempua (Surau Al-Hikmah)
9 April (12.00 PM) - Mesyuarat Pengurusan 2 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 April - CUTI sempena Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong.
13 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
16 April (9.00 AM) - Penyerahan NETBOOK 1Malaysia (Dewan Multaqa')
16 April (2.50 PM) - LADAP Sejarah K3 (Bilik Kuliah Za'aba)
16 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
17 April (3.00 PM) - LADAP Panitia Pendidikan Islam (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 April (7.40 AM) - Pelancaran Majlis Kempen Menangani Gejala Sosial (Dewan Multaqa')
20 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
20 - 21 April - Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform (Padang SMK Paya Besar)
21 April - SEKOLAH GANTI JADUAL HARI KHAMIS
23 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestaro (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
23 April (3.00 PM) - Ladap Panitia Pendidikan Islam (Bilik Kuliah Za'aba)
24 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Sahsiah Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 April - Lawatan Pelajar Prauniversiti ke USM Pulau Pinang

AKTIVITI JANUARI 2012

1 Januari - CUTI TAHUN BARU
4 Januari (8:30 AM) - SESI PERSEKOLAHAN 2012 BERMULA
4 - 6 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
5 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat Post Mortem PMR 2011 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 - 11 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 (Dewan Multaqa')
12 - 13 Januari - Program Kemahiran Belajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
17 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
18 Januari (3:00 PM) -Mesyuarat Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
19 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat MBMMBI/PPSMI/PBS (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
22 & 24 Januari - CUTI TAHUN BARU CINA
31 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat ALK Kooperasi (Bilik Gerakan Siti Khadijah)

AKTIVITI OGOS 2012

1 Ogos (8.00 AM - 2.00 PM) - Program Transformasi Minda (KIPSAS) - Semua Pelajar Tingkatan 5
2 Ogos (8.30 - 10.30 AM) - Seminar Tatabahasa PMR (Dewan Multaqa')
3 Ogos - Seminar Bahasa Inggeris PMR (Dewan Multaqa')
6 Ogos - CUTI NUZUL QUR'AN
7 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (5 Budiman & 5 Cemerlang) (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Ogos (7.40 AM) - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2012/2013 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2012 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (4 Cemerlang & 4 Damai) (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Biologi SPM 2012 (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (10.10 - 12.10 PM) - Ceramah Nuzul Qur'an (Dewan Multaqa')
18 - 26 Ogos - CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
27 Ogos (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
28 Ogos - Semiinar Pengajian Am Tingkatan 6 Bawah 2012 (Yayasan Pahang)
29 Ogos - Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pendidikan Khas
31 Ogos - CUTI HARI KEMERDEKAAN

AKTIVITI MEI 2012

1 Mei - CUTI HARI PEKERJA
1 Mei - Bengkel Matematik Cara Kacang (Dewan Multaqa')
2 - 3 Mei - Program Sahsiah Bestari
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Matematik & Sains (Makmal Kimia & Biologi)
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Geografi (Bilik Kuliah Za'aba)
3 Mei (3.00 PM) - Mesyurat JK PIBG SMK Paya Besar (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
8 Mei (8.00 AM) - Pendaftaran Pelajar Prauniversiti (Dewan Multaqa')
9 Mei (8.00 AM) - Raptai I Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Melayu
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Inggeris
10 Mei (8.00 AM) - Raptai II Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
10 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
12 Mei - Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
14 Me1 - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Tingkatan 4, 5 & Prauniversiti BERMULA
14 Mei (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
15 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia PJK & PSV
16 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
21 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 & 3 BERMULA
26 Mei - CUTI PERTENGAHAN TAHUN BERMULA

AKTIVITI FEBRUARI 2012

1 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Merentas Desa (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
2 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat JK Bina Insan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
7 Feb (8:00 PM) - Program Akademik Menara Gading (pelajar terpilih)
7 Feb - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
9 Feb (7.00 PM) - Majlis Tahlil Perdana (Surau Al-Hikmah)
10 Feb (8:00 AM) - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
11 Feb (8:00 AM) - Program Excel PMR, SPM & STPRM 2012 (Dewan Multaqa')
16 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Pengurusan Aset Mudah Alih & Taklimat Perisian Portal Pangkalan Data (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 26 (Dewan Multaqa')
20 Feb (8:00 AM - 4.30 PM) - Program Excel - English Workshop (Dewan Multaqa')
21 Feb (8:00 AM) - Aktiviti Terapi Air Pelajar Pendidikan Khas (Dhe Rhu Resort)
23 Feb (10:00 PM) - Perjumpaan Guru Bersama Ibu Bapa Pelajar Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
24 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar (Dewan Multaqa')
24 Feb (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 Feb - UJIAN 1 /FEBRUARI 2012
28 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Kewangan 1 /2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)