Pages

Ads 468x60px

Saturday, March 31, 2012

Outreach IPT & Seminar Kerjaya PERHATI

 Sabtu 31 Mac 2012 SMK Paya Besar menjadi
tuan rumah untuk Program Outreach IPT,
Seminar Kerjaya PERHATI & 
Bimbingan Kemasukan ke IPT/ILK
Peringkat Daerah Kuantan.
Program anjuran bersama
PPD Kuantan, Yayasan Pahang dan
Majlis Guru Kaunseling Daerah Kuantan
mensasarkan pelajar SPM & STPM 2011
untuk mencari peluang belajar ke IPT.
 Di Dewan Multaqa' booth IPT di buka.
Sambil-sambil tu gerai-gerai juga dibuka
untuk memeriahkan lagi suasana....

Friday, March 30, 2012

Majlis Ilmu

Majlis ilmu berjalan lancar.
Kali ini pelajar berkumpul di Bilik Kuliah Za'aba.
Ceramah telah dikendalikan oleh
Hjh Zureidah Mohd Nadzeri.

Majlis Bacaan Yaasin

 Majlis Bacaan Yaasin berjalan seperti dirancang.
Semoga Allah merahmati seluruh warga SMKPB.
 Turut diadakan majlis penyampaian hadiah 
kepada pelajar yang memenangai beberapa
pertandingan antaranya Pertandingan Catur
Peringkat Daerah Kuantan, Saudara Yusuf
telah mendapat JOHAN kategori Bawah17 tahun.
 Tahniah juga kepada pelajar yang berjaya 
memenangi beberapa pertandingan dalam 
MTQ Peringkat Zon Perkasa.
Nasyid Sekolah - JOHAN
Nurina Zakirah - JOHAN Hafazan (P)
Muhammad Asrar - JOHAN Hafazan (L)
Siti Noor Aida - JOHAN Syarahan B. Arab (P)
Mohd Qusyairi - NAIB JOHAN Syarahan B. Arab (L)
Ahmad Nazim - Tempat ke 3 Tilawah (L)
 Tahniah juga kepada Mohd Qusyairi kerana
telah berjaya menghafaz beberapa surah pilihan.
Semoga kejayaan membakar semangat 
untuk terus cemerlang di peringkat seterusnya.

Thursday, March 29, 2012

Majlis Penutup Pertandingan Catur MSSD (Sekolah Menengah Daerah Kuantan)

 Majlis Penutup Pertandigan Catur MSSD
(Sekolah Menengah) Peringkat Daerah Kuantan
telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia
Datin Hjh Ezizah Hj Hashim
Pengetua SMK Paya Besar.
 Tahniah kepada semua pelajar yang telah
memenangi acara yang telah dipertandingkan.
 Yang tidak berjaya jangan putus asa
cuba lagi tahun depan....

Pihak sekolah mengucapkan penghargaan
kepada semua guru dan pelajar
yang terlibatkan menjayakan pertandingan ini.

Wednesday, March 28, 2012

Pertandingan Catur Peringkat Daerah (Sekolah Menengah)

Hari ini Petandingan Catur MSSD 
(Sekolah Menengah) Peringkat Daerah Kuantan
telah diadakan di Dewan Multaqa'
SMK Paya Besar.
Dua Kategori di pertandingkan iaitu
Bawah 15 tahun dan Bawah 18 tahun.

PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2012

Tahun 2012 merupakan tahun Ke-11 Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan sokongan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menganjurkan Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia.

Pada tahun ini, FOMCA menawarkan hadiah wang tunai yang berjumlah RM200,000 untuk dimenangi. Semua peserta yang menyertai pertandingan kepenggunaan akan diberikan Sijil Penyertaan. 10 jenis pertandingan kepenggunaan yang akan dipertandingkan pada tahun ini adalah seperti berikut :-
  • Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan
  • Pertandingan Melukis Poster dan Mereka Bentuk Poster Grafik Kepenggunaan
  • Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan
  • Pertandingan Blog Kepenggunaan
  • Pertandingan Fotografi Kepenggunaan
  • Pertandingan Buku Skrap Kepenggunaan
  • Pertandingan Video Montaj
  • Pertandingan ‘Speak Up’
  • Pertandingan Mewarna Kepenggunaan
  • Pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat Sekolah
Pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertainya 
boleh merujuk brosur di 

Borang penyertaan boleh di muat turun di http://www.mypengguna.com

Sebagai pengiktirafan kepada guru dan pelajar
Anugerah Peryertaan Peringkat Sekolah
turut diadakan.  
Apalagi pelajar-pelajar SMK Paya Besar,
jangan lepaskan peluang ini....

Tahniah!!!

 Tahniah kepada ahli Kadet Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia JPA3 SMK Paya Besar kerana
telah memenangi beberapa acara 
dalam Pertandingan Kecekapan Kadet
Pertahanan Awam Malaysia yang telah diadakan
20 Mac 2012 (Selasa) di SMK Sg Soi, Kuantan.
Syabas juga buat ahli Pandu Puteri SMK Paya Besar
kerana telah mendapat beberapa anugerah 
sempena Sambutan Peringatan Sedunia
(World Thinking Day) 2012 Peringat Negeri Pahang
yang telah diadakan di Bentong pada 10 Mac 2012.

Sijil Pencapaian Tali Perkeliling 
telah dianugerahkan kepada
1.  Nurul Aina Akmal bt Fadzil
2.  Aisyah bt Jamludin
3.  Nur Atiqah Aqashah bt Mazlan
4.  Nuraini bt Jafariazlin Kamal
5.  Bibi Irliana bt Irman
6.  Nur Wadhiiah bt Ab. Wahid
7.  Nur Fatihah bt Rahamat

Sijil Penghargaan Cemerlang PMR 2011 
telah dianugerahkan kepada
1.  Anis Hanani bt Abdul Jamil (9A)
2.  Nur Farahin bt Suhaimi (8A).

Tahniah & Syabas
SMK PAYA BESAR TOP 5 !!!!

Ceramah Kepenggunaan & Kecekapan Tenaga

 Satu Ceramah Kepenggunaan dan Kecekapan Tenaga
telah diadakan kepada semua pelajar
bertempat di Dewan Terbuka.
Ceramah telah disampaikan oleh wakil dari FOMCA
yang antara lain memberi pendedahan kepada pelajar
penggunaan tenaga, cara-cara menggunakan tenaga
dan hak sebagai pengguna.
Semoga pelajar mendapat manafaat.

Perhimpunan Rabu 28 Mac 2012

 Perhimpunan pagi Rabu berjalan lancar.
Pelajar-pelajar berkumpul di Dewan Terbuka 
SMK Paya Besar Kuantan.
Turut diadakan penyampaian sijil kepada
Kadet Pandu Puteri dan Kadet Pertahanan Awam JPA3
atas penyertaan yang dimenangi.
Syabas &Tahniah.

Tuesday, March 27, 2012

Kejohanan Catur (Sekolah Rendah) Peringkat Daerah Kuantan 2012

 SMK Paya Besar telah dipilih untuk menjadi
tuan rumah dalam Kejohanan Catur (Sekolah Rendah)
Peringkat Daerah Kuantan yang bermula
26 hingga 27 Mac 2012.
 Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan
oleh En Hasbullah Abd Latif
GPK Pentadbiran SMK Paya Besar.
 Tahniah kepada peserta yang berjaya.  
Peserta yang menduduki 8 tangga teratas
telah diberikan Sijil Penghargaan.
Peserta perempuan yang layak mendapat sijil ialah
1.  Farah Ezati, SKBT
2.  Aqilah Aisah, SKAC
3.  Nur Fatin , SKBT
4.  Mardhiatul, SKBT
5.  Akmal Nazirah, SKTA
6.  Natasya, SKTL
7.  Adriana, SKSK
8.  Syamilia, SKB
Manakala 8 peserta lelaki yang menduduki 
tangga teratas ialah
1.  Meor Airil, SKSI
2.  M Hazid, SKBT
3.  M Afif, SKBRe
4.  Zikri,SKTS
5.  Amirul Firdaus,SKPe
6.  Adam Julian, SKST
7.  Afif, SK Pe
8.  Leyvaanan, SKAP

Pelajar yang berjaya akan mewakili Daerah Kuantan
ke Kejohanan Peringkat Negeri yang akan
diadakan di Cameron Highland.
Syabas kepada pelajar yang berjaya.

Pihak sekolah & penganjur merakamkan
penghargaan kepada semua guru dan pelajar
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan Kejohanan Catur ini.

Monday, March 26, 2012

Takziah

Hari ini warga SMK Paya Besar telah dikejutkan
dengan berita perginya kerahmatullah
seorang pelajar Pendidikan Khas
Allahyarham Mohd Izhan Hafiz b Zaharuddin.
Beliau merupakan pelajar cemerlang PMR 2010
pelajar Pendidikan Khas dan merupakan
salah seorang pelajar nasyid Pendidikan Khas
yang mengharumkan nama sekolah
di MTQ Pendidikan Khas tahun lepas.
Seluruh warga sekolah menghargai sumbangan beliau.
Ucapan takziah buat keluarga allahyarham.
Semoga Allah merahmati rohnya dan 
menempatkannya di syurga firdaus.
Al Fatihah....

Perkongsian Bestari

Perkongsian Bestari berjalan lancar dengan 
dua orang guru lagi menyudahkan resensi buku
iaitu Cik Julina dan Pn Wan Zuraylie.
Tahniah kerana telah memberi persembahan yang baik.

Perhimpunan Isnin 26 Mac 2012

 Perhimpunan pagi Isnin berjalan lancar di Dewan Terbuka.
Pelajar-pelajar mendengar ucapan oleh
guru bertugas En Kamar Ludin dan
ketua pengawas saudara Mohd Naji.
Turut berucap En Hasbullah Abd Latif
GPK Pentadbiran SMK Paya Besar.
Kelas terbersih minggu ini dimenangi oleh
kelas 5 MPV dan 3 Amanah.  Tahniah!!!.

Sunday, March 25, 2012

Tahniah!!!

Tahniah kepada Noorfarahanim Rahimi
kerana telah dianugerah 
Sijil Anugerah Penghargaan 
Perkhidmatan Cemerlang dalam
Kadet Polis Daerah Kuantan sempena 
Sambutan Hari Polis ke 205 Daerah Kuantan.
Tahniah semoga membakar semangat
untuk menjadi contoh kepada
pelajar-pelajar SMK Paya Besar.

Saturday, March 24, 2012

Pahang Lakar Sejarah SPM 2011

KUANTAN 21 Mac - Pahang melakar sejarah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan hari ini apabila pencapaian gred purata (GP) negeri ini meningkat kepada 4.86 sekali gus menjadikannya pencapaian terbaik sejak peperiksaan tersebut mula diperkenalkan.

Pengarah Pelajaran negeri, Yahya Zainal Abidin berkata, GP pencapaian calon SPM 2011 di negeri ini juga berjaya mengatasi pencapaian gred purata nasional (GPN) yang mencatatkan 5.04.
"Daripada 22,371 calon yang menduduki peperiksaan tahun lalu, seramai 413 orang berjaya mendapat semua A dalam mata pelajaran berbanding hanya 381 pada 2010.
"Malah, jumlah calon yang layak mendapat sijil (LMS) turut menunjukkan prestasi yang memberangsangkan iaitu sebanyak 92.52 peratus berbanding 92.04 peratus pada 2010 dan sekali lagi mengatasi pencapaian nasional yang memperoleh 91.07 peratus," katanya pada sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART) di sini hari ini.

Pada majlis itu, Yahya turut menyampaikan slip keputusan peperiksaan kepada 42 pelajar sekolah tersebut yang mendapat semua A dalam SPM 2011 sekali gus menjadikan SMART sebagai sekolah terbaik di Pahang dari segi peningkatan tertinggi.
Menurut Yahya, sebanyak 52 buah sekolah mendapat 100 peratus LMS yang juga menunjukkan peningkatan sebanyak 40 peratus.
"Selain itu, sebanyak 13 buah sekolah memperoleh GPS di bawah 3.0 iaitu enam daripadanya adalah dalam kategori cemerlang.
"Enam yang cemerlang itu memperoleh GPS di bawah 2.25 yang didahului oleh Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub dengan mencatat 1.93," jelasnya.

Tambahnya, Sekolah Menengah Agama Al-Maarif di sini antara lima buah sekolah di seluruh negeri ini yang mencatatkan peningkatan GPS lebih daripada 1.0 berbanding 2010.

Sementara itu, sekolah luar bandar dan Felda turut menunjukkan prestasi yang baik apabila GPS masing-masing meningkat 0.29 dan 0.26 berbanding 2010.

-- UTUSAN MALAYSIA

Pelan Transformasi Perbaiki Prestasi Sekolah Luar Bandar Dirangka

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Kementerian Pelajaran akan merangka satu pelan transformasi bagi memperbaiki prestasi sekolah luar bandar memandangkan masih wujud jurang yang ketara daripada segi prestasi sekolah bandar dan luar bandar.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pelan Transformasi Pendidikan Luar Bandar itu yang akan memberi tumpuan kepada sekolah menengah di luar bandar akan menumpu kepada aspek seperti tenaga pendidik, prasarana, mutu pembelajaran, peruntukan dan peranan ibu bapa.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau telah meminta Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud menyiapkan laporan mengenai pelan itu sebelum penghujung tahun ini.

"Ini keputusan yang saya sudah buat. Ini sebagai membuat analisa daripada keputusan (Sijil Pelajaran Malaysia 2011) yang telah kita lihat pada hari ini.

"Walaupun saya berpuas hati, pencapaian kita adalah jauh lebih baik, (ada) peningkatan dalam semua mata pelajaran, tetapi pencapaian antara pelajar-pelajar itu juga ada perbezaan seperti antara pelajar Melayu, Cina, India dan Bumiputera," katanya kepada pemberita selepas beramah-mesra dengan pelajar yang mengambil keputusan SPM 2011 dan ibubapa di Sekolah Menengah Sains Alam Shah di sini Rabu.

Muhyiddin berkata daripada aspek tenaga pendidik, ia akan dilihat sama ada kemahiran mereka dapat mengisi keperluan di sekolah berkenaan (luar bandar), manakala aspek prasarana melihat sama ada bangunan yang ada itu selesa, lengkap atau terlebih murid, atau tidak mempunyai kemudahan makmal atau kemudahan lain yang mungkin mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

"Kita juga akan meneliti dari sudut mutu pembelajaran, bagaimana tiap-tiap mata pelajaran itu diajar terutama mata pelajaran yang dianggap teras, seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan juga Sejarah.

"Ini kerana mulai tahun depan, mata pelajaran Sejarah akan menjadi mata pelajaran wajib walaupun dari segi keputusan tahun ini, mata pelajaran tersebut menunjukkan peningkatan, begitu juga dari segi kelulusan yang bertambah baik, malah agak luar biasa daripada yang dijangkakan," katanya.

Beliau bekataaspek sumber iaitu peruntukan yang disediakan untuk sekolah di luar bandar juga akan diteliti dan akan diambil kira untuk belanjawan tahun depan yang mungkin ditambah jika sekolah berkenaan memerlukan peruntukan yang lebih untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah luar bandar.

"Di samping itu, kita nak melihat peranan ibubapa yang mungkin perlu dibuat kajian yang lebih mendalam tentang persekitaran tempat pelajar itu tinggal. Ini kerana kadang-kadang bukan masalah sekolah tetapi masalah di rumah, peranan ibubapa serta peranan Persatuan Ibubapa dan Guru di sekolah," katanya.

Muhyiddin berkata matlamat beliau ialah mungkin dalam tempoh 10 tahun, jurang antara sekolah bandar dan luar bandar itu tidak terlalu berbeza atau setidak-tidaknya tahap pencapaian sekolah luar bandar itu sama daripada segi Gred Purata Nasional (GPN).

Katanya langkah-langkah juga akan diambil bagi memperbaiki jurang antara kaum daripada segi pencapaian pendidikan terutama pencapaian pelajar Melayu berbanding pelajar Cina dan India.

"Kita ada analisa. Saya fikir anak-anak Melayu dan Bumiputera mesti belajar lebih bersungguh-sungguh walaupun ada sekolah yang cemerlang tetapi pada umumnya pencapaian anak-anak Melayu dalam bidang pendidikan masih jauh berbanding Cina dan India," katanya.

Mengulas mengenai keputusan SPM 2011, Muhyiddin berkata beliau mendapati keputusan pada tahun ini adalah lebih baik, malah terbaik dalam tempoh lima tahun memandangkan GPN ialah 5.04 berbanding 5.19 pada 2010.

"Namun begitu, matlamat kementerian ialah supaya kita dapat meningkatkan pencapaian pelajar kita pada setiap tahun.

"Tahun ini sudah dianggap terbaik dalam tempoh lima tahun tetapi masih ada ruang untuk mempertingkatkan prestasi pelajar dan sekolah," katanya.

-- BERNAMA

Friday, March 23, 2012

Majlis Ilmu

Majlis Ilmu berjalan seperti yang dirancang
di Surau Al-Hikmah.
Penceramah hari ini ialah Ustazah Normah.
Antara yang dibincangkan Maksiat Punca Musibah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Apabila umatku melakukan 15 perkara
mereka akan ditimpa bala."
Ada orang bertanya :
"Apakah perkara-perkara itu wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab :
1.  Apabila harta negara dibolot oleh satu golongan sahaja.
2.  Amanah dianggap peluang untuk mengaut keuntungan duniawi.
3.  Membayar zakat dianggap satu kerugian.
4.  Lelaki patuh kepada isteri.
5.  Lelaki derhaka kepada ibunya.
6.  Mengutamakan kawan.
7.  Menjauhkan diri daripada bapa sendiri.
8.  Meninggikan suara di dalam masjid 
(bertengkar dan gelak ketawa duniawi)
9.  Pemimpin dipilih daripada kalangan orang yang hina dan jahat.
10.  Seorang dimuliakan kerana kejahatannya.
11.  Ramai orang minum arak.
12.  Ramai lelaki memakai sutera.
13.  Penyanyi perempuan digemarai.
14.  Alat-alat muzik diminati ramai.
15.  Orang yang kemudian daripada umat ini
melaknat generasi terdahulu.

Apabila berlaku perkara-perkara ini,
maka tunggulah ketibaan angin yang panas 
ataupun gerhana 
ataupun suatu perubahan yang besar."
(Riwayat al-Tirmizi)

Tahniah !!!

 Tahniah usaha cemerlang 
Pasukan Sepak Takraw Bawah 15 tahun 
yang telah menjadi JOHAN
di Kejohanan MSSD Daerah Kuantan.
Tahniah juga kepada 
Pasukan Bola Sepak Bawah 15 tahun 
yang juga berjaya menjadi
JOHAN Zon Perkasa.

Semoga terus cemerlang 
di pertandingan akan datang.

Majlis Bacaan Yaasin

 Di pagi Jumaat yang penuh baraqah,
semua pelajar dan guru berkumpul di Dewan Multaqa
dan sama-sama membaca Surah Yaasin.
Semoga Allah swt sentiasa memberi kerahmatan
kepada semua warga SMK Paya Besar.
Selesai bacaan Yaasin satu majlis ringkas diadakan
meraikan pertukaran kenaikan pangkat
En Mohd Nadzeri Abd Wahab sebagai
GPK Kokurikulum di SMKTPPTM.
Seluruh warga SMK Paya Besar
mengucapkan tahniah dan sentiasa
menghargai jasa yang dicurahkan di sini.
Selamat bertugas di tempat baru.

Thursday, March 22, 2012

MAKLUMAN PERMOHONAN SIJIL LCCI

 (PERHATIAN : ini contoh sijil je...)

Perhatian pelajar 5 SYUMUL 2011,
calon-calon yang menduduki peperiksaan
mata pelajaran PRINSIP PERAKAUNAN.

Permohonan SIJIL LCCI hanya boleh dibuat
oleh calon yang mempunyai
KOD KELAYAKAN MEMOHON SIJIL LCCI
pada keratan keputusan SPM.

Sila semak slip masing-masing dan jika LAYAK
sila datang ke sekolah dan berhubung dengan
KP Prinsip Perakaunan, Pn Hjh Rosaini Jusoh.
Beliau akan menerangkan dan membantu
anda apa yang harus dilakukan seterusnya.

Calon hendaklah membuat permohonan
dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan
peperiksaan SPM diumumkan.

Kadar bayaran bagi permohonan sijil ialah RM25.00

Sila bawa bersama

1.  Satu (1) salinan keratan keputusan SPM
yang memaparkan kod kelayakan sijil LCCI

2.  Satu (1) salinan kad pengenalan.

Semua (1&2) mesti disahkan oleh Pengetua Sekolah
atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

3.  Wang Pos/Kiriman Wang/ Bank Draf
ditulis atas nama 
LCCI INTERNATIONAL QUALIFICATIONS 
(MALAYSIA) SDN. BHD.

HARAP MAKLUM.

MAKLUMAN SEMAK SEMULA SPM


Calon-calon SPM 2011 yang baru mendapat
keputusan SPM 2011 dan ingin membuat
PERMOHONAN SEMAK SEMULA 
KEPUTUSAN SPM 2011
boleh berbuat demikian dalam tempoh
30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.
Sesiapa yang ingin membuat permohonan tersebut
sila datang ke sekolah dan berhubung dengan
Setiausaha Peperiksaan SPM Pn Noorizam Daud.
Beliau akan menerangkan dan membantu 
apa yang harus dilakukan seterusnya.

Kadar bayaran semak semula ialah 
RM50.00 bagi setiap mata pelajaran.

Sila bawa bersama :

1.  Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM.

2.  Markah peperiksaan percubaan.

3.  Sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran 
berasaskan sekolah.

(SEMUA (1, 2,3) mesti disahkan oleh Pengetua Sekolah
atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A)

4.  Dua (2) naskah sampul surat (11 cm X 22 cm) 
bernama dan beralamat sendiri yang telah
dilekatkan setem RM0.60.

5.  Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf 
ditulis atas nama Pengarah Peperiksaan.
 

Borang permohonan yang diterima 
selepas 30 hari daripada tarikh 
pengumuman rasmi keputusan SPM
tidak akan diproses.

Keputusan permohonan akan dimaklumkan
melalui surat rasmi dalam tempoh 
dua (2) bulan daripada tarikh tutup permohonan.

HARAP MAKLUM.

Wednesday, March 21, 2012

Keputusan SPM 2011

Alhamdulillah Majlis Pengumuman 
Keputusan SPM 2011 berjalan lancar 
di Dewan Terbuka SMK Paya Besar.

Sebelum tu guru-guru berdebar-debar
membuat analisis di bilik pengetua.
Ibu bapa menanti dengan sabar....
Wajah-wajah berdebar menunggu keputusan...
Juruacara majlis ialah Pn Sakinah Abdul Latif
manakala bacaan doa dibaca oleh
Ustaz Mohd Jamali Abdullah.
Pengumuman keputusan oleh Yang Berbahagia
Datin Hjh Ezizah Hj Hashim
Pengetua SMK Paya Besar.
Beliau mengumumkan keputusan SPM 2011
amat membanggakan di mana peratusan kelulusan 
meningkat dari 95.45% kepada 97.4%
dan GPS dari 5.08 ke 4.97.
SMK Paya Besar berjaya menduduki ke 6
di antara sekolah harian biasa 
dalam daerah Kuantan.
Ini memberi semangat kepada calon-calon
SPM 2012 untuk mencapai 
SMK Paya Besar Top 5!!!!.
Pelajar cemerlang 9A
Muhammad Ismathanif b Md Nazir.
Tahniah!!!!
Pelajar cemerlang 8A
Muhammad Firdaus b Maarif.
Pelajar cemerlang 7A dan 6A
Nor Fazlien bt Mohamad
Nur Shahirah bt Mohd Ibrahim
Nor Haissah bt Samsudin
Suhaibah bt Che Mustofai
 Pelajar cemerlang 5A
Mohd Hanif b Seman
Mohamad Bukharie b Che Haron
Nur Liana Asyikin bt Azmi
Muhammad Al-Hafizh b Saleh
Muhammad Farhan Aiman b Shahaimi
 Muhamad Yusof b Idris
Rosilawati bt Saaip
Nurul Huda bt Mustafa
Nur Syazwanie bt Abd Hamid
Anis bt Jusoh
 Kejayaan anda membanggakan ibu bapa
dan seluruh warga SMK Paya Besar.
Moga menjadi semangat dan motivasi untuk
calon-calon SPM 2012 untuk melakukan
yang lebih terbaik hingga tercapai hasrat
SMK PAYA BESAR TOP 5 !!!
 Yang berjaya pasti gembira, namun
yang gagal jangan kecewa.
Langkah pertama anda bermula di sini 
untuk meneruskan perjuangan
mendapatkan ilmu.....
 Pastikan anda mengorak langkah yang betul
untuk meneruskan perjuangan
di institut pengajian tinggi nanti...
SMK PAYA BESAR TOP 5!!!
 

AKTIVITI SEPTEMBER 2012

3 - 19 Sept - Peperiksaan Percubaan SPM 2012
3 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 - 14 Sept - Peperiksaan Pecubaan STPM 2012
4 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 Cekal, 3 Cerdik, 3 Cerdas (Bilik Kuliah Za'aba)
4 Sept (10.30 AM) - Majlis Sumbangan Zakat Sempena Aidil Fitri (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 KAA, 3 Amanah, 3 Bestari (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI KHAMIS)
10 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 Sept (2.40 PM) - Jamuan Hari Raya Kelab Staff
17 Sept - CUTI GANTI HARI MALAYSIA
18 Sept (7.40 AM) - Program Sedetik Habitat 1Malaysia dan Program Bank Kitar Semua (Dewan Terbuka SMKPB)
19 Sept (7.40 AM) - Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia (Dewan Multaqa')
22 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI JUMAAT)
26 Sept (7.30 AM - 1.00 PM) - Program RIMUP (SMK Tanah Putih)
26 Sept (8.00 - 1.00 PM) - Program RIMU (SMK Tanah Putih)
26 Sept (2.00 PM) - Penamaan Calon Pilihanraya MPP Prauniversit 2012/2013 (Dewan Multaqa')
27 Sept (7.30) - Program 'All My English' (Dewan Multaqa')
27 Sept (3.30 - 5.50 PM) - Seminar Teknik Menjawab SPM Perdagangan (Bilik Kuliah Za'aba)
27 - 29 Sept - Program Tranformasi Minda (Tingkatan 5 ) (Kem Ville, Kempadang)

AKTIVITI JUN 2012

11 Jun (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
13 Jun (8:00 AM) - Ceramah Perancangan Kewangan PIDM (Dewan Multaqa')
13 Jun (8:45 AM) - Perjumpaan Guru & Ahli Rumah Sukan
15 Jun (8:00 AM) - Ceramah Isra' & Mikraj (Dewan Multaqa')
18 Jun (3:00 PM) - LaDAP Pengurusan ProD (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Jun (8:00 AM) - Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid PPSDM) Program Jati Diri Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
19 Jun (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Sukan & Olahraga (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Jun (8:00 AM) - Mesyuarat MISS dan Hari PaSar-NIAGA (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
21 Jun (8:00 AM) - Raptai Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
21 Jun (3:00 PM) - Taklimat PAJSK
22 Jun (8:00 AM) - Raptai Penuh Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
22 Jun (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
23 Jun (8:00 AM) - Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang 2012 (Dewan Multaqa')
24 Jun (8:00 AM) - Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah2012 (Padang SMK Paya Besar)
25 Jun - CUTI PERISTIWA
26 Jun (8:00 AM - 1:00 PM) - Program Pendidikan Khas Bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
26 Jun (3:00 PM) - Taklimat Kursus Kepimpinan Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Jun (7:40 AM) - Majlis Pelancaran Karnival Minggu Kokuria (Dewan Multaqa')
27 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Bahasa
28 Jun (11:00 AM) - Bench Marking Subjek Sejarah Tingkatan 6 Bersama SMK Air Putih (BIlik Kuliah Za'aba)
28 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Sains & Matematik
28 Jun (3:00 PM) - Taklimat Program Motivasi Kecemerlangan STPM (Bilik Sidang)

AKTIVITI MAC 2012

1 Mac - Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2012 (Dewan Multaqa')
1 Mac (2:00 PM) - Ceramah Motivasi GPMS Tingkatan 3 & 5 (Dewan Multaqa')
2 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
7 Mac - Keputusan STPM 2011
10 - 18 Mac - Cuti Pertengahan Penggal 1
19 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Mac (8:00 AM - 2:00 PM) - Kursus Keterampilan Bertutur (Bilik Kuliah Za'aba)
19 - 22 Mac - Pertandingan Sepak Takraw MSSD Kuantan (Dewan Multaqa')
21 Mac - Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM (Dewan Terbuka SMK Paya Besar)
23 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
26 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
26 - 29 Mac - Pertandingan Catur Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
27 - 29 Mac - Lawatan Sambil Belajar Kelas Pendidikan Khas ke Selangor
29 Mac (3:00 PM) - Mesyuarat Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah) (tangguh)
30 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
31 Mac - Outreach IPT, Seminar Kerjaya PERHATI (Dewan Multaqa')
31 Mac - Bengkel Pengurusan Kokurikulum (Bilik Kuliah Za'aba)

AKTIVITI DISEMBER 2011

20 Disember (9:00 AM) - Mesyuarat MT Pertama 2012
22 Disember - Keputusan Peperiksaan PMR 2011
25 Disember - CUTI KRISMAS
27 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Guru Pertama 2012
27 Disember (11:30 AM) - Mesyurat Pendaftaran Tingkatan 1
28 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Bidang & Panitia
29 Disember (8:30 AM) - LADAP - Amalan 5S
29 Disember (11:00 AM) - Amali di tempat masing-masing
30 Disember (7:30 AM) - Pendaftaran Semula Pelajar Tingkatan 2, 3, 5 & Prauniversiti
31 Disember (8:30 AM) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012

AKTIVITI JULAI 2012

2 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Kemanusiaan
3 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Vokasional & Teknologi
3 Julai (8:00 AM - 9:00 AM) Seminar Bahasa Melayu PMR - 3 CEKAL, 3 CERDAS, 3 CERDIK (Dewan Multaqa')
4 Julai - Hari Kemuncak Karnival Kokuria, Hari Koperasi Sekolah, Hari PaSar-NIAGA & Hari Bersama Pelanggan
5 Julai (11:00 AM - 1:00 PM) Seminar Teknik Menjawab Matematik SPM (Dewan Multaqa')
7 Julai (8:00 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 Julai (3:00 PM) - Mesyaurat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR, SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
10 Julai (8:00 AM) - Pelancaran Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Serentak Peringkat Daerah Kuantan 2012 (Padang SMK Paya Besar)
12 Julai (7:40 - 9:40 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM Kumpulan Potensi Siri 1 (Bilik Kuliah Za'aba)
12 Julai (9:45 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Sains PMR (Dewan Multaqa')
12 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Penyelarasan Skor PBS PMR SPM (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
12 - 13 Julai - Lawatan Kelab PNB ke PNB KL & Melaka
13 Julai (8:00 - 9:50 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
14 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa')
16 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Solat Hajat Perdana (Bilik Kuliah Za'aba)
17 - 19 Julai - Seminar Kecemerlangan STPM 2012 Peringkat Daerah Kuantan
17 Julai (8:00 -10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 Julai (8:30 - 10:30 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sains SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 - 20 Julai - Program PERHALUS Bahasa Melayu SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Julai - Taklimat & Temuduga Kemasukan Murid ke Program Kolej Vokasional di IPS, Kursus : Air Craft Maintenance (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Julai (8:00 AM - 2:40 PM) - Seminar Teknik Menjawab Fizik SPM 2012 (Dewan Mulaqa')
29 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM 2012 (Dewan Multaqa')
19 Julai (6:30 - 10:00 PM) - Solat Hajat Perdana (Dewan Multaqa')
24 Julai (8:00 - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2012 (Dewan Multaqa')
24 Julai (12:00 - 2:30 PM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR 2012 (3KAA/3 Amanah/ 3 Bestari) (Bilik Kuliah Za'aba)
25 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat JK Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Julai (8:50 AM) - Bengkel Persediaan Ramadhan (Briged Bakti Pahang) (1 Cekal/ 1 Cerdik/ 1 Cerdas) (Bilik Kuliah Za'aba)
27 Julai (8:50 AM) - Program Aman Palestin (Dewan Multaqa')
30 Julai (7.40 AM) - Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Dewan Multaqa')
30 Julai (8:20 - 9:20) - Seminar Tatabahasa PMR 2012 (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa') - Tangguh
31 Julai (7.40 - 10.40 AM) - Peperiksaan Percubaan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
31 Julai (10:00 - 1:00 PM) - Bengkel Teknik Menjawab Matematik PMR 2012 (3 Cekal/ 3 Cerdas/ 3 Cerdik) (Dewan Multaqa')

AKTVITI APRIL 2012

3 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 April (7.40 AM) - Taklimat Perkhemahan Unit Beruniform (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempua (Surau Al-Hikmah)
9 April (12.00 PM) - Mesyuarat Pengurusan 2 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 April - CUTI sempena Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong.
13 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
16 April (9.00 AM) - Penyerahan NETBOOK 1Malaysia (Dewan Multaqa')
16 April (2.50 PM) - LADAP Sejarah K3 (Bilik Kuliah Za'aba)
16 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
17 April (3.00 PM) - LADAP Panitia Pendidikan Islam (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 April (7.40 AM) - Pelancaran Majlis Kempen Menangani Gejala Sosial (Dewan Multaqa')
20 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
20 - 21 April - Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform (Padang SMK Paya Besar)
21 April - SEKOLAH GANTI JADUAL HARI KHAMIS
23 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestaro (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
23 April (3.00 PM) - Ladap Panitia Pendidikan Islam (Bilik Kuliah Za'aba)
24 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Sahsiah Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 April - Lawatan Pelajar Prauniversiti ke USM Pulau Pinang

AKTIVITI JANUARI 2012

1 Januari - CUTI TAHUN BARU
4 Januari (8:30 AM) - SESI PERSEKOLAHAN 2012 BERMULA
4 - 6 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
5 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat Post Mortem PMR 2011 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 - 11 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 (Dewan Multaqa')
12 - 13 Januari - Program Kemahiran Belajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
17 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
18 Januari (3:00 PM) -Mesyuarat Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
19 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat MBMMBI/PPSMI/PBS (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
22 & 24 Januari - CUTI TAHUN BARU CINA
31 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat ALK Kooperasi (Bilik Gerakan Siti Khadijah)

AKTIVITI OGOS 2012

1 Ogos (8.00 AM - 2.00 PM) - Program Transformasi Minda (KIPSAS) - Semua Pelajar Tingkatan 5
2 Ogos (8.30 - 10.30 AM) - Seminar Tatabahasa PMR (Dewan Multaqa')
3 Ogos - Seminar Bahasa Inggeris PMR (Dewan Multaqa')
6 Ogos - CUTI NUZUL QUR'AN
7 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (5 Budiman & 5 Cemerlang) (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Ogos (7.40 AM) - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2012/2013 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2012 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (4 Cemerlang & 4 Damai) (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Biologi SPM 2012 (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (10.10 - 12.10 PM) - Ceramah Nuzul Qur'an (Dewan Multaqa')
18 - 26 Ogos - CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
27 Ogos (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
28 Ogos - Semiinar Pengajian Am Tingkatan 6 Bawah 2012 (Yayasan Pahang)
29 Ogos - Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pendidikan Khas
31 Ogos - CUTI HARI KEMERDEKAAN

AKTIVITI MEI 2012

1 Mei - CUTI HARI PEKERJA
1 Mei - Bengkel Matematik Cara Kacang (Dewan Multaqa')
2 - 3 Mei - Program Sahsiah Bestari
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Matematik & Sains (Makmal Kimia & Biologi)
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Geografi (Bilik Kuliah Za'aba)
3 Mei (3.00 PM) - Mesyurat JK PIBG SMK Paya Besar (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
8 Mei (8.00 AM) - Pendaftaran Pelajar Prauniversiti (Dewan Multaqa')
9 Mei (8.00 AM) - Raptai I Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Melayu
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Inggeris
10 Mei (8.00 AM) - Raptai II Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
10 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
12 Mei - Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
14 Me1 - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Tingkatan 4, 5 & Prauniversiti BERMULA
14 Mei (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
15 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia PJK & PSV
16 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
21 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 & 3 BERMULA
26 Mei - CUTI PERTENGAHAN TAHUN BERMULA

AKTIVITI FEBRUARI 2012

1 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Merentas Desa (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
2 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat JK Bina Insan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
7 Feb (8:00 PM) - Program Akademik Menara Gading (pelajar terpilih)
7 Feb - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
9 Feb (7.00 PM) - Majlis Tahlil Perdana (Surau Al-Hikmah)
10 Feb (8:00 AM) - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
11 Feb (8:00 AM) - Program Excel PMR, SPM & STPRM 2012 (Dewan Multaqa')
16 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Pengurusan Aset Mudah Alih & Taklimat Perisian Portal Pangkalan Data (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 26 (Dewan Multaqa')
20 Feb (8:00 AM - 4.30 PM) - Program Excel - English Workshop (Dewan Multaqa')
21 Feb (8:00 AM) - Aktiviti Terapi Air Pelajar Pendidikan Khas (Dhe Rhu Resort)
23 Feb (10:00 PM) - Perjumpaan Guru Bersama Ibu Bapa Pelajar Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
24 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar (Dewan Multaqa')
24 Feb (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 Feb - UJIAN 1 /FEBRUARI 2012
28 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Kewangan 1 /2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)