Pages

Ads 468x60px

Friday, May 25, 2012

Selamat Bercuti

Hari ini bermula Cuti Pertengahan Tahun 2012.
Selamat Bercuti kepada semua warga SMK Paya Besar.
Manafaatkan cuti untuk bermuhasabah
peperiksaan pertengahan tahun yang beru selesai.
Susun strategi baru bagi persediaan untuk
buka penggal nanti.
Yang terlibat dengan kelas tambahan tu
jangan lupa datang ye.... 
Sempena cuti.... tuan blog pun cuti gak
(selesaikan homework menyemak kertas soalan....)
kecuali jika ada makluman-makluman penting
yang perlu disampaikan.....
Akhir kalam SELAMAT BERCUTI!!!!!

Salam Perpisahan

 Pagi ini semua pelajar berkumpul di Dewan Multaqa'
dalam majlis perpisahan yang telah
diadakan sempena perpindahan
4 orang guru yang akan berpindah.
Mereka adalah En Hazim Md Din, Pn Aminah Anna,
Pn Rohaya Ya'akub dan Pn Norlela Ismail.
 Penyampaian cenderahati yang telah disampaikan
oleh Tn Hj Zahidi Hj Hussein
YDP PIBG SMK Paya Besar.
Seluruh warga merasai kehilangan guru yang
begitu berdedikasi dalam mendidik pelajar SMKPB.
Jasa dan sumbangan selama ini amat-amat dihargai.
Tidak terbalas dengan sekadar hadiah
hanya Allah swt pemberi sebaik ganjaran.
Selamat bertugas ditempat baru dan
selamat maju jaya.
Semoga Allah sentiasa menerima amalan kita semua.

Thursday, May 24, 2012

Potluck

 Biasalah nak cuti aktiviti makan-makan 
untuk cikgu-cikgu....
Di kantin ada soto dan nasi hujan panas
disponsor oleh guru GPK yang naik pangkat DG48
dan Kelab Staf SMKPB.
Tahniahlah buat mereka yang naik pangkat tu...
Terima kasih banyak-banyak kerana belanja kome...
 Tapi tulah... tak puas hati kalau potluck tak bawa
makanan masak-masak sendiri...
Lalu penuh meja di bilik guru rakan-rakan
bawa makanan ala-ala western food gitu....
Macam-macam ada... spaghetti, garlic bread,
pizza dan paling special banana split 
fresh dari ladang seri damai ......
Beginilah kami bermesra-mesra dan bersuka-suka
nak menghilangkan tension konon-kononnyalah...
sebab cuti sekolah 2 minggu ini
aduhai.... kertas pepepriksaan bersusun-susun
menunggu untuk disemak.
Sabor je lah.....

Wednesday, May 16, 2012

Jamuan Hari Guru 2012

 Sempena sambutan hari guru telah diadakan
jamuan untuk semua guru dan staff SMKPB
di Dewan Terbuka SMK Paya Besar.
 Turut diraikan dalam majlis ini
guru-guru yang telah bertukar baru-baru ini
iaitu En Mohd Nadzeri, Pn Asmaiani dan Pn Farahida.
 Beramah mesra sambil makan-makan.
 Acara memotong kek guru-guru yang
menyambut hari jadi pada bulan Mei.
Majlis berakhir dengan penyampaian
cenderamata kepada guru yang berpindah.

Hari Guru 2012

 Sambutan Hari Guru 2012 peringkat sekolah
dijalankan di Dewan Multaqa'.
Guru-guru menyanyikan lagu Guru Malaysia &
lagu Tema Hari Guru 2012. 
 Nyanyian dipimpin oleh Pn Sh Badariah.
 Bacaan Ikrar Guru yang diketuai oleh
En Kamar Ludin Pengerusi Kelab Staf SMKPB.
 Yang Berbahagia Datin Hjh Ezizah Hj Hashim
Pengetua SMK Paya Besar 
menyampaikan amanat Hari Guru.
Persembahan Sajak oleh pelajar.
 Seluruh warga SMK Paya Besar menyaksikan
ucapan persamian secara langsung Hari Guru
yang telah disampaikan oleh 
YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri 
merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.
Barisan pentadbir SMK Paya Besar.
 Persembahan nyanyian pelajar.
Persembahan dari D'acoustic Boyz.
 Persembahan Sajak dari saudara Abdul Muiz.
 Persembahan Sajak Multimedia oleh guru.
 Persembahan Sajak oleh Pentadbir SMKPB.
 Malis berakhir dengan penyampaian hadiah
kepada mereka yang memenangi
acara sukaneka.

Sukaneka Hari Guru 2012

Sambutan Hari Guru tahun ini bermula
dengan acara sukaneka.
Maka bergembiralah guru-guru hari ni.... 
tak payah masuk kelas....
Wow... buat apa ramai-ramai tu.... 
 
 Oh... menyaksikan pertandingan futsal guru dan pelajar.
 Guru perempuan pun tak kurang lincahnya
 dalam acara bola jaring.
Pancing apa tu cikgu-cikgu?
Yang ni pulak aksi-aksi bowling kelapa....
Main tutup-tutup mata pulak ye...
Ini acara musang berjanggut 
hidu jangan tak hidu....
Opps.... ini kira acara paling hot untuk tahun ini!!!
Basikal tua.... kayuh jangan tak kayuh....
Ini pulak siap buat 'sharp u-turn' lagi
dalam acara bawa bola ping ping dengan chopstik.
Steady....  acara catwalk ....
Ibu-ibu misali... potong kulit epal terpanjang....
Aik... tutup mata lagi dalam acara sesedap rasa....
Bukan cikgu je... semua staf smkpb pun
turut memeriahkan sukaneka.
Cikgu... kenapa senget topi tu....

Amanat Hari Guru 2012

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ,
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Al-hamdulillah kita dipanjangkan usia, sihat tubuh badan untuk dipertemukan lagi  pada tanggal 16 Mei, bagi  sambutan hari guru pada tahun 2012.

Tujuan sambutan HARI GURU  ini diadakan  adalah untuk memperingati jasa guru yang tidak terhingga, yang telah dicurahkan untuk pembangunan diri insan dari semua aspek kehidupan manusia.   Tanpa guru siapalah kita  hari ini....

Tema hari guru tahun ini adalah GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. Tema ini sangat sesuai dengan peranan guru masa kini yang lebih mencabar, kerana ilmu boleh diperolehi melalui berbagai media, tidak seperti zaman dahulu di mana pelajar bergerak dan berusaha mencari dan mendapatkan  guru. Pada masa kini ILMU boleh diperolehi di hujung jari melalui media elektronik.

Guru perlu kreatif dan inovatif bagi menarik minat seterusnya melonjakkan kecemerlangan Pendidikan Negara bagi  melahirkan modal insan cemerlang untuk memimpin dan membangunkan negara maju 2020. 

Harapan semua  guru SMK Paya Besar agar pelajar  dapat mencipta legasi, sejarah diri ketika masih berada di  sekolah dengan kecemerlangan.

ILMU dapat transfom diri menjadi insan berkualiti  yang tinggi martabat dimata masyarakat seterusnya dunia. Berbagai program disediakan di sekolah agar pelajar menggunakan peluang dan ruang untuk menimba PENGALAMAN.  PENGALAMAN   adalah guru yang paling EFEKTIF dan BERKESAN yang tak mampu dibayar dalam proses pembelajaran.

Akhir kata, SELAMAT HARI GURU untuk semua yang bergelar guru, termasuk ibubapa yang menjadi GURU PERTAMA dalam kehidupan kita. 

Semoga guru-guru sentiasa dalam RAHMAT dan KEREDHAAN ALLAH . 

Datin Hjh Ezizah Hj Hashim, AMP.
Pengetua SMK Paya Besar
Kuantan Pahang Darul Makmur

Monday, May 14, 2012

Perkongsian Bestari

Perkongsian Bestari berjalan seperti dirancang.
Beberapa orang guru membentangkan
resensi buku masing-masing.

Exam....

Sedang khusyuk menjawab soalan.
Jawab elok-elok ye....

Perhimpunan Isnin 14 Mei 2012

Perhimpunan pagi Isnin berjalan lancar.
Kelas terbersih untuk minggu ini ialah
3 Amanah dan 5 Syumul.
Hari ini juga bermula peperiksaan 
Pertengahan Tahun 2012 untuk
tingkatan 4, 5 & 6 Atas.
 Didoakan semoga semua berjaya
menjawab dengan baik.
SMK PAYA BESAR TOP 5!!! 

Sunday, May 13, 2012

Selamat Maju Jaya....

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012
akan bermula Isnin 14 Mei 2012
bagi pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6 Atas.
Warga SMK Paya Besar mengucapkan
Selamat Maju Jaya....

SMK PAYA BESAR TOP 5!!!!.

Saturday, May 12, 2012

Coret-coret HAC 2

 Hari ini kira event yang besar untuk cikgu-cikgu,
tapi... huhu... tak boleh nak melaram banyak-banyak
sebab semua kena pakai baju koperat....
so ala-ala koperatlah semua....
 Senyum.... sebab sudah selesai tugas...
 Tapi... orang dapur masih tak lepas tangan melayan...
 Jom... kita posing dulu....
 Wah ustad... ada gayalah....
Oppss... serius tu...
 
 DJ yang bertugas...
Maaf sampai kering tekak 
sebab lupa nak hulur air...
Dari kiri, ketua sektor, timbalan pengarah,
pengarah, dan ....

Maaf dipinta...
Tiada niat mengores rasa
Bergurau semata-mata
Agar ceria ketika berkerja
Dan... biji selasih buah gemia
Terima kasih buat semua....
 

AKTIVITI SEPTEMBER 2012

3 - 19 Sept - Peperiksaan Percubaan SPM 2012
3 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 - 14 Sept - Peperiksaan Pecubaan STPM 2012
4 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 Cekal, 3 Cerdik, 3 Cerdas (Bilik Kuliah Za'aba)
4 Sept (10.30 AM) - Majlis Sumbangan Zakat Sempena Aidil Fitri (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 KAA, 3 Amanah, 3 Bestari (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI KHAMIS)
10 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 Sept (2.40 PM) - Jamuan Hari Raya Kelab Staff
17 Sept - CUTI GANTI HARI MALAYSIA
18 Sept (7.40 AM) - Program Sedetik Habitat 1Malaysia dan Program Bank Kitar Semua (Dewan Terbuka SMKPB)
19 Sept (7.40 AM) - Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia (Dewan Multaqa')
22 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI JUMAAT)
26 Sept (7.30 AM - 1.00 PM) - Program RIMUP (SMK Tanah Putih)
26 Sept (8.00 - 1.00 PM) - Program RIMU (SMK Tanah Putih)
26 Sept (2.00 PM) - Penamaan Calon Pilihanraya MPP Prauniversit 2012/2013 (Dewan Multaqa')
27 Sept (7.30) - Program 'All My English' (Dewan Multaqa')
27 Sept (3.30 - 5.50 PM) - Seminar Teknik Menjawab SPM Perdagangan (Bilik Kuliah Za'aba)
27 - 29 Sept - Program Tranformasi Minda (Tingkatan 5 ) (Kem Ville, Kempadang)

AKTIVITI JUN 2012

11 Jun (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
13 Jun (8:00 AM) - Ceramah Perancangan Kewangan PIDM (Dewan Multaqa')
13 Jun (8:45 AM) - Perjumpaan Guru & Ahli Rumah Sukan
15 Jun (8:00 AM) - Ceramah Isra' & Mikraj (Dewan Multaqa')
18 Jun (3:00 PM) - LaDAP Pengurusan ProD (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Jun (8:00 AM) - Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid PPSDM) Program Jati Diri Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
19 Jun (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Sukan & Olahraga (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Jun (8:00 AM) - Mesyuarat MISS dan Hari PaSar-NIAGA (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
21 Jun (8:00 AM) - Raptai Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
21 Jun (3:00 PM) - Taklimat PAJSK
22 Jun (8:00 AM) - Raptai Penuh Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
22 Jun (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
23 Jun (8:00 AM) - Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang 2012 (Dewan Multaqa')
24 Jun (8:00 AM) - Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah2012 (Padang SMK Paya Besar)
25 Jun - CUTI PERISTIWA
26 Jun (8:00 AM - 1:00 PM) - Program Pendidikan Khas Bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
26 Jun (3:00 PM) - Taklimat Kursus Kepimpinan Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Jun (7:40 AM) - Majlis Pelancaran Karnival Minggu Kokuria (Dewan Multaqa')
27 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Bahasa
28 Jun (11:00 AM) - Bench Marking Subjek Sejarah Tingkatan 6 Bersama SMK Air Putih (BIlik Kuliah Za'aba)
28 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Sains & Matematik
28 Jun (3:00 PM) - Taklimat Program Motivasi Kecemerlangan STPM (Bilik Sidang)

AKTIVITI MAC 2012

1 Mac - Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2012 (Dewan Multaqa')
1 Mac (2:00 PM) - Ceramah Motivasi GPMS Tingkatan 3 & 5 (Dewan Multaqa')
2 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
7 Mac - Keputusan STPM 2011
10 - 18 Mac - Cuti Pertengahan Penggal 1
19 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Mac (8:00 AM - 2:00 PM) - Kursus Keterampilan Bertutur (Bilik Kuliah Za'aba)
19 - 22 Mac - Pertandingan Sepak Takraw MSSD Kuantan (Dewan Multaqa')
21 Mac - Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM (Dewan Terbuka SMK Paya Besar)
23 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
26 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
26 - 29 Mac - Pertandingan Catur Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
27 - 29 Mac - Lawatan Sambil Belajar Kelas Pendidikan Khas ke Selangor
29 Mac (3:00 PM) - Mesyuarat Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah) (tangguh)
30 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
31 Mac - Outreach IPT, Seminar Kerjaya PERHATI (Dewan Multaqa')
31 Mac - Bengkel Pengurusan Kokurikulum (Bilik Kuliah Za'aba)

AKTIVITI DISEMBER 2011

20 Disember (9:00 AM) - Mesyuarat MT Pertama 2012
22 Disember - Keputusan Peperiksaan PMR 2011
25 Disember - CUTI KRISMAS
27 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Guru Pertama 2012
27 Disember (11:30 AM) - Mesyurat Pendaftaran Tingkatan 1
28 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Bidang & Panitia
29 Disember (8:30 AM) - LADAP - Amalan 5S
29 Disember (11:00 AM) - Amali di tempat masing-masing
30 Disember (7:30 AM) - Pendaftaran Semula Pelajar Tingkatan 2, 3, 5 & Prauniversiti
31 Disember (8:30 AM) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012

AKTIVITI JULAI 2012

2 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Kemanusiaan
3 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Vokasional & Teknologi
3 Julai (8:00 AM - 9:00 AM) Seminar Bahasa Melayu PMR - 3 CEKAL, 3 CERDAS, 3 CERDIK (Dewan Multaqa')
4 Julai - Hari Kemuncak Karnival Kokuria, Hari Koperasi Sekolah, Hari PaSar-NIAGA & Hari Bersama Pelanggan
5 Julai (11:00 AM - 1:00 PM) Seminar Teknik Menjawab Matematik SPM (Dewan Multaqa')
7 Julai (8:00 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 Julai (3:00 PM) - Mesyaurat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR, SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
10 Julai (8:00 AM) - Pelancaran Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Serentak Peringkat Daerah Kuantan 2012 (Padang SMK Paya Besar)
12 Julai (7:40 - 9:40 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM Kumpulan Potensi Siri 1 (Bilik Kuliah Za'aba)
12 Julai (9:45 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Sains PMR (Dewan Multaqa')
12 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Penyelarasan Skor PBS PMR SPM (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
12 - 13 Julai - Lawatan Kelab PNB ke PNB KL & Melaka
13 Julai (8:00 - 9:50 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
14 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa')
16 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Solat Hajat Perdana (Bilik Kuliah Za'aba)
17 - 19 Julai - Seminar Kecemerlangan STPM 2012 Peringkat Daerah Kuantan
17 Julai (8:00 -10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 Julai (8:30 - 10:30 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sains SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 - 20 Julai - Program PERHALUS Bahasa Melayu SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Julai - Taklimat & Temuduga Kemasukan Murid ke Program Kolej Vokasional di IPS, Kursus : Air Craft Maintenance (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Julai (8:00 AM - 2:40 PM) - Seminar Teknik Menjawab Fizik SPM 2012 (Dewan Mulaqa')
29 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM 2012 (Dewan Multaqa')
19 Julai (6:30 - 10:00 PM) - Solat Hajat Perdana (Dewan Multaqa')
24 Julai (8:00 - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2012 (Dewan Multaqa')
24 Julai (12:00 - 2:30 PM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR 2012 (3KAA/3 Amanah/ 3 Bestari) (Bilik Kuliah Za'aba)
25 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat JK Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Julai (8:50 AM) - Bengkel Persediaan Ramadhan (Briged Bakti Pahang) (1 Cekal/ 1 Cerdik/ 1 Cerdas) (Bilik Kuliah Za'aba)
27 Julai (8:50 AM) - Program Aman Palestin (Dewan Multaqa')
30 Julai (7.40 AM) - Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Dewan Multaqa')
30 Julai (8:20 - 9:20) - Seminar Tatabahasa PMR 2012 (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa') - Tangguh
31 Julai (7.40 - 10.40 AM) - Peperiksaan Percubaan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
31 Julai (10:00 - 1:00 PM) - Bengkel Teknik Menjawab Matematik PMR 2012 (3 Cekal/ 3 Cerdas/ 3 Cerdik) (Dewan Multaqa')

AKTVITI APRIL 2012

3 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 April (7.40 AM) - Taklimat Perkhemahan Unit Beruniform (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempua (Surau Al-Hikmah)
9 April (12.00 PM) - Mesyuarat Pengurusan 2 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 April - CUTI sempena Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong.
13 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
16 April (9.00 AM) - Penyerahan NETBOOK 1Malaysia (Dewan Multaqa')
16 April (2.50 PM) - LADAP Sejarah K3 (Bilik Kuliah Za'aba)
16 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
17 April (3.00 PM) - LADAP Panitia Pendidikan Islam (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 April (7.40 AM) - Pelancaran Majlis Kempen Menangani Gejala Sosial (Dewan Multaqa')
20 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
20 - 21 April - Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform (Padang SMK Paya Besar)
21 April - SEKOLAH GANTI JADUAL HARI KHAMIS
23 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestaro (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
23 April (3.00 PM) - Ladap Panitia Pendidikan Islam (Bilik Kuliah Za'aba)
24 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Sahsiah Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 April - Lawatan Pelajar Prauniversiti ke USM Pulau Pinang

AKTIVITI JANUARI 2012

1 Januari - CUTI TAHUN BARU
4 Januari (8:30 AM) - SESI PERSEKOLAHAN 2012 BERMULA
4 - 6 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
5 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat Post Mortem PMR 2011 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 - 11 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 (Dewan Multaqa')
12 - 13 Januari - Program Kemahiran Belajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
17 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
18 Januari (3:00 PM) -Mesyuarat Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
19 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat MBMMBI/PPSMI/PBS (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
22 & 24 Januari - CUTI TAHUN BARU CINA
31 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat ALK Kooperasi (Bilik Gerakan Siti Khadijah)

AKTIVITI OGOS 2012

1 Ogos (8.00 AM - 2.00 PM) - Program Transformasi Minda (KIPSAS) - Semua Pelajar Tingkatan 5
2 Ogos (8.30 - 10.30 AM) - Seminar Tatabahasa PMR (Dewan Multaqa')
3 Ogos - Seminar Bahasa Inggeris PMR (Dewan Multaqa')
6 Ogos - CUTI NUZUL QUR'AN
7 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (5 Budiman & 5 Cemerlang) (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Ogos (7.40 AM) - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2012/2013 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2012 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (4 Cemerlang & 4 Damai) (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Biologi SPM 2012 (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (10.10 - 12.10 PM) - Ceramah Nuzul Qur'an (Dewan Multaqa')
18 - 26 Ogos - CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
27 Ogos (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
28 Ogos - Semiinar Pengajian Am Tingkatan 6 Bawah 2012 (Yayasan Pahang)
29 Ogos - Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pendidikan Khas
31 Ogos - CUTI HARI KEMERDEKAAN

AKTIVITI MEI 2012

1 Mei - CUTI HARI PEKERJA
1 Mei - Bengkel Matematik Cara Kacang (Dewan Multaqa')
2 - 3 Mei - Program Sahsiah Bestari
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Matematik & Sains (Makmal Kimia & Biologi)
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Geografi (Bilik Kuliah Za'aba)
3 Mei (3.00 PM) - Mesyurat JK PIBG SMK Paya Besar (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
8 Mei (8.00 AM) - Pendaftaran Pelajar Prauniversiti (Dewan Multaqa')
9 Mei (8.00 AM) - Raptai I Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Melayu
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Inggeris
10 Mei (8.00 AM) - Raptai II Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
10 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
12 Mei - Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
14 Me1 - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Tingkatan 4, 5 & Prauniversiti BERMULA
14 Mei (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
15 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia PJK & PSV
16 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
21 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 & 3 BERMULA
26 Mei - CUTI PERTENGAHAN TAHUN BERMULA

AKTIVITI FEBRUARI 2012

1 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Merentas Desa (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
2 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat JK Bina Insan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
7 Feb (8:00 PM) - Program Akademik Menara Gading (pelajar terpilih)
7 Feb - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
9 Feb (7.00 PM) - Majlis Tahlil Perdana (Surau Al-Hikmah)
10 Feb (8:00 AM) - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
11 Feb (8:00 AM) - Program Excel PMR, SPM & STPRM 2012 (Dewan Multaqa')
16 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Pengurusan Aset Mudah Alih & Taklimat Perisian Portal Pangkalan Data (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 26 (Dewan Multaqa')
20 Feb (8:00 AM - 4.30 PM) - Program Excel - English Workshop (Dewan Multaqa')
21 Feb (8:00 AM) - Aktiviti Terapi Air Pelajar Pendidikan Khas (Dhe Rhu Resort)
23 Feb (10:00 PM) - Perjumpaan Guru Bersama Ibu Bapa Pelajar Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
24 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar (Dewan Multaqa')
24 Feb (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 Feb - UJIAN 1 /FEBRUARI 2012
28 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Kewangan 1 /2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)